Friday 12 August 2011

LDP Membina Laman Blog

Hmmmm....Pagi-pagi tadi, sgt bersemangat untuk bangun sebab...ari ni nak dapat ilmu baru lagi. Ilmu baru???...tak baru sebenarnya, org lain dah berlumba-lumba bukak blog, eden ni hah baru nak belajar buat blog. Tapi bak kata pepatah, biar lambat asalkan selamatkan....hihihihi. Nak menuntut ilmu nih, tak kira peringkat umur kan....sampai liang lahad!

Ok lah, Panitia ICT nih tak ramai gurunya...untuk tahun ini, cuma saya dan Pn Normahizan saje. Kelas ICT untuk tingkatan 1 UM dan 1 UKM ari Isnin dari pukul 11 00-1 00, Untuk ting 2 Um dan 2 UKM pulak, hari Selasa denagn waktu yang sama dan hari khamis untuk 2 USM jam 11 00 pagi.

Antara modul yang diajar dalam ICT ni ialah  Microsoft Word, Microsoft Power Point, Microsoft Excell, Internet dan lain-lain.

Ok lah, sampai sini dulu, nanti saya akan berbicara lagi....selamat melayari blog Panitia ICT SMK Senawang 3......Salam Ramadhan & Salam 1 Malaysia...!